KEMPEN PENDAFTARAN DALAM TALIAN KEAHLIAN BAHARU DAN PEMBAHARUAN KEAHLIAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID MAHMOODIAH PUTRAJAYA 2026
Urusan pendaftaran dalam talian keahlian baharu dan pembaharuan keahlian khairat kematian MMP akan dibuka bermula 1 Februari 2026. Ahli Kariah dan Warga Putrajaya yang berminat boleh mendaftar secara atas talian. Terma dan syarat disertakan untuk rujukan.
PENAMATAN KEAHLIAN
Penamatan Keahlian: Keahlian bagi Ahli Khairat [No. Ahli] terhenti dan GUGUR secara automatik berkuat kuasa pada tarikh kematian ahli.
Kelayakan Faedah: Semua hak, keistimewaan, dan faedah khairat di bawah keahlian ini (tanggungan) terbatal dan tidak layak dituntut bagi sebarang urusan selepas kematian ahli berkenaan.
PEMBAYARAN YURAN SECARA DALAM TALIAN MELALUI TRANSAKSI FPX
Anda boleh klik pautan pendaftaran ahli dan mengisi maklumat anda. Anda perlu menunggu kelulusan dari pentadbir khairat terlebih dahulu sebelum yuran pendaftaran dan yuran tahunan dijelaskan.
2. BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN STATUS KEAHLIAN ?
Klik pada pautan semakan dan masukkan nombor MyKad anda. Perincian status bayaran ahli akan dipaparkan sekiranya rekod carian wujud.
3. ADAKAH SAYA BOLEH MENJELASKAN BAYARAN MELALUI SISTEM E-KHAIRAT ?
Ya. Senarai bayaran 'Belum Selesai' akan dipaparkan selepas carian ahli dilakukan. Klik 'Bayar Sekarang' untuk membuat bayara secara FPX. Status bayaran akan dikemaskini serta merta selepas transaksi bayaran berjaya.
4. JIKA ADA PERTANYAAN SIAPAKAH YANG BOLEH SAYA HUBUNGI ?
Pentadbir Masjid Mahmoodiah Putrajaya
Perlu bantuan lanjut?
Hubungi ekhairat@mahmoodiah untuk sokongan dan bantuan.